BUKIT JALIL, 10 Mac 2020 – Pegawai Pembangunan Ekonomi JBS Negeri Melaka;Encik Muhammad Mohsien Bin Jamaluddin dan Puan Faizah Firdaus Binti Fauzi Pegawai Pembangunan Potensi Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia telah terpilih untuk menyertai Bengkel TOT Pendidikan Anti Doping Malaysia. Bengkel ini dilaksanakan selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Mac 2020 bertempat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. matlamat penganjuran bengkel ini adalah bertujuan melahirkan PIC bagi membantu pihak Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) untuk memberikan pendidikan kesedaran berkaitan Anti Doping di peringkat agar umbi melibatkan sukan massa. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah ADAMAS;Cik Azura Binti Abidin.