AYER KEROH, Melaka, 8 Mac 2020 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang diwakili oleh Pegawai Pembangunan Sosial (1); encik Syahmi Bin Md Lasa serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin; puan Nurul Haida Bin Ghazali telah menyertai Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia bertempat di Putra Internasional Kolej. Antara inipati bengkel ini adalah perkongsian ilmu berkaitan Pindaan Perlembagaan Pertubuhan yang telah disampaikan oleh puan Noor Azleen Binti Yusop,Penolong Pendaftar Kanan, Cawangan Pendaftaran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Manakala bagi pencerahan kepada para 25 ahli pertubuhan belia yang hadir berkaitan pelaporan MYKD yang disampaikan oleh Encik Mohd Uzaini Bin Mohamad Sani, Penolong Pendaftar Kanan,Cawangan Pemantauan dan Penyelarasan. MYKD yang merupakan suatu bentuk pelaporan tahunan oleh pertubuhan belia yang perlu dihantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. MYKD mengandungi dokumen Wajib dan dokumen Perlu Hantar yang membolehkan pengemaskinian dibuat ke atas, status keaktifan, keahlian, rekod daftar, status pemegang jawatan, status mesyuarat agung tahunan, kesesuaian perlembagaan, kedudukan kewangan dan lain-lain. Bengkel ini dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (Roy) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.