Ayer Keroh, Melaka 18 November 2019 – Hari ini JBS Melaka menerima pengarah yang baharu bagi mengantikan pengarah yang lama iaitu Puan Marina binti Nafi yang telah bertukar ke KBS kerana kenaikan pangkat. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah di JBS Sabah dan telah dinaikan pangkat dan ditugaskan ke JBS Melaka. Di kesempatan itu beliau telah memberikan beberapa amanat ketika sesi suai kenal bersama pegawai dan kakitangan yang telah diadakan di bilik mesyuarat JBS Melaka. Antara amanat beliau adalah berkaitan disiplin, keberadaan di pejabat serta prosuder-prosuder kewangan yang selalu di titik beratkan oleh mana-mana pengarah di JBS Melaka atau di jbs-jbs negeri yang lain.