AYER KEROH, 8 Mac 2022 - Aktiviti riadah mingguan kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka pada minggu ini telah dilaksanakan bertempat di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka. Pada kali ini, kakitangan Jabatan yang terlibat telah berjaya mengharungi cabaran 10,000 langkah dengan melalui jalan trek sejauh 2.499 kilometer di dalam taman hutan ini secara berjalan santai (Fun Walk) sambil menikmati keindahan flora dan fauna. Program yang bermula tepat jam 4.30 petang itu dan berakhir pada jam 6.00 petang telah dihadiri oleh kakitangan dari Ibu Pejabat dan juga PBSD. Turut sama hadir, YBrs. Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh; Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Melaka. Program sebegini adalah langkah terbaik bagi menggalakkan kakitangan JBS Melaka untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.