BUKIT BERUANG, Melaka 25 Januari 2022 – Timbalan Pengarah JBS Negeri Melaka encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin dan Cik Jalma Annas dari Team Pembangunan Belia turut mengambil bahagian dalam acara hiking atau mendaki bukit beruang. Sebelum memulakan pendakian pegawai dan kakitangan JBS Negeri Melaka yang terlibat berkumpul di kawasan lapang berhampiran dengan Surau Taman Ayer Keroh Height untuk sesi bergambar seterusnya memulakan pendakian pada jam 4.00 petang. Aktiviti Hiking merupakan salah satu aktiviti kembara berjalan kaki dengan mendaki bukit hingga ke puncak. Aktiviti riadah seumpama ini dapat membakar kalori dengan pantas dan mampu menguatkan serta meningkatkan stamina atau tahap kecergasan anggota fizikal warga kerja JBSNM. Team ini mengucapkan tahniah kepada pegawai dan kakitangan JBS Negeri Melaka yang hadir menjayakan aktiviti  mendaki ini.Disediakan oleh: Jalma Annas, Bahagian Pembangunan Belia,JBSNM