MSL AG FUTSAL 01

Kuala Sungai Baru, 28 Mei 2022 (Sabtu) - Telah Berlangsung Kejohanan Futsal MSL 2022 Peringkat Daerah Alor Gajah bertempat di Gelanggang Futsal Universiti Melaka (UNIMEL). Kejohanan bermula seawal jam 9.00 pagi melibatkan seramai 160 peserta terdiri daripada 16 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita bagi merebut kejuaraan di Peringkat Daerah Alor Gajah.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh, Exco Kanan Perindustrian, Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka. Turut hadir sama Yang Berhormat Tuan Haji Rosli Bin Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi, Ts. Dr. Yuseni Bin Ab. Wahab, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Melaka, Dr. Siti Faidul Maisarah Binti Abdullah, Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), En. Sodikin Bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, En. Tan Ching Yang, Presiden Kelab Bola Sepak ASA-GP Melaka.
Majlis Penyampaian Hadiah Kemenangan telah disampaikan oleh Encik Mohd Zaidi Bin Tahir, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Johan Kategori Wanita iaitu Pasukan AG Riants Ladies A dan Naib Johan Pasukan Oyoshii. Manakala bagi kategori lelaki, Johan disandang oleh Pasukan De Coste dan Naib Johan Pasukan Gazut FC.
Bagi Peserta Terbaik Lelaki pula diberikan kepada Encik Muhammad Firdaus Bin Badrul Hisyam dan Peserta Terbaik wanita diberikan kepada Cik Nur Fatin Zulaikha Binti Zulfa. Sekalung Penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Rauf Bin Yusoh, Exco Kanan Perindustrian, Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka atas sumbangan Hadiah kepada Pemain Lelaki dan Wanita Terbaik.
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kelab Bola Sepak ASA-GP Melaka selaku rakan strategik yang banyak membantu dalam penganjuran kejohanan ini.

#PBSDAG