AYER KEROH, 6 Februari 2020 - Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang mencabar diri remaja terutamanya warga belia untuk meneroka dan menyerlah potensi diri terus mendapat perhatian para belia daerah Jasin.

Hari ini seramai 430 orang peserta dari daerah ini telah dianugerahkan dengan Sijil Anugerah Tahap Perak dan Tahap Gangsa dalam Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2019 di Dewan Auditorium Kolej Yayasan Saad bersama para peserta daripada Melaka Tengah dan Alor Gajah.

Majlis perasmian dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Rakan Muda, Abd Aziz  Abd Rahman dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Noorman Ramlan.