home button

Melaka

MERLIMAU, 30 November 2021 - Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin malam ini selesai melaksanakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-32 Bagi Sesi 2020-2022 yang merupakan tanggungjawab utama bagi setiap pertubuhan belia yang berdaftar sebagaimana digariskan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).Meski pun Melaka telah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang membenarkan pelaksanaan mesyuarat secara bersemuka diadakan, namun kepimpinan MGBD Jasin mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan mesyuarat secara atas talian menggunakan aplikasi 'Zoom Meeting.'Mesyuarat pada malam ini juga turut memperlihatkan sokongan padu Exco Kerajaan Negeri Melaka dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Merlimau yang baru, Dr. Akmal Saleh terhadap gerak kerja sukarelawan belia daerah Jasin yang hadir merasmikan mesyuarat pada malam ini.Lebih 40 orang perwakilan daripada badan-badan gabungan MGBD Jasin hadir di platform maya tersebut. Turut hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin, Pegawai Pembangunan Belia Daerah Jasin, Ahmad Iswadi Ishak.
KUANTAN, 21 November 2021 - Bermula 19 hingga 21 November 2021 telah berlangsung Bengkel Hala Tuju Dan Pembangunan Pelan Strategik Jabatan Belia Dan Sukan Negara 2021 – 2025 (Siri 2). Bengkel ini bertujuan menyediakan satu dokumen yang dapat menjadi rujukan dan panduan pelaksanaan tindakan JBSNdalam tempoh 5 tahun secara sistematik dan bersepadu. Disamping itu, bengkel ini juga sebagai platform mengenal pasti keperluan pelaksanaan dalam mengatasi isu dan cabaran semasa serta menambah baik proses kerja secara berterusan di dalam menyumbang kepada agenda pembangunan negara.Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah diwakili oleh En. Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia.  Diharap menerusi bengkel ini dapat meningkatkan dan memberi nilai tambah kepada pembangunan belia dan sukan negara.
KRUBONG, 18 November 2021 - Seramai 6 orang Sukarelawan Rakan Muda Sport Bubble Volunteer Daerah Melaka Tengah (RM-SBV) dan 12 orang pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah hadir memantau perjalanan operasi fasiliti dan pematuhan SOP Am Sektor Sukan dan Rekreasi di Stadium Hang Jebat, Krubong bagi perlawanan peringkat suku akhir kedua TM Piala Malaysia 2021 diantara pasukan Melaka United  bertemu Sabah FC. Memandangkan Negeri Melaka telah pun memasuki Fasa 4 bagi Plan Pemulihan Negra, kehadiran penyokong adalah dibenarkan tetapi terhad kepada 50% kapasiti kawasan/ tempat duduk bagi individu yang telah melengkapkan Vaksinasi sahaja. Pemantauan ini dilaksanakan adalah bagi memastikan pematuhan SOP yang telah ditetapkan dipatuhi dan sekali gus dapat mengekang penularan Covid 19 khususnya di dalam penganjuran acara sukan.
JASIN, 19 November 2021 - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) pada 1 November 2021 yang lalu telah mengadakan lawatan pemantauan ke tapak pembinaan Kompleks Sukan Jasin di Bandar Jasin Bestari Seksyen 3 bagi meninjau kerja-kerja tanah yang sedang dilaksanakan disamping membuat siasatan susulan kejadian banjir lumpur yang sering berlaku di kawasan berhampiran.Lawatan yang diketuai sendiri oleh Yang Dipertua MPJ, Datin Sapiah Haron bersama ketua-ketua jabatan MPJ turut memberi teguran dan cadangan kepada pihak kontraktor agar memberi perhatian yang serius kepada masalah banjir lumpur serta mengambil langkah pencegahan agar masalah tersebut tidak berulang terutamanya dalam musim Monsun Timur Laut yang sedang berlaku kini.Hadir sama dalam lawatan tersebut, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Ahmad Iswadi Ishak dan Pegawai Pembangunan Sukan Daerah Jasin, Zamni Ani.Menurut salah seorang penduduk yang menetap di situ, Mohd Aidil Mohamad Darus, masalah banjir yang berlaku di kawasan Jasin Bestari bukan perkara baru malah selalu berlaku apabila hujan lebat walaupun sebelum adanya projek pembinaan kompleks sukan tersebut.Ujarnya lagi, sistem naik taraf perparitan di kawasan tersebut perlu diberi perhatian seiring dengan kepesatan pembangunan di situ.