Kuala Lumpur, 1 Julai 2020 - Sesi Perbincangan awal bersama Majlis Belia WP Kuala Lumpur sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Kuala Lumpur bertempat di Bapak Services and Catering, Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Perbincangan ini meliputi perbincangan konsep pelaksanaan serta sesi brainstorming program-program yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Mewakili Bahagian Pembangunan Belia JBSWP Kuala Lumpur adalah En. Anuar Hamid, En. Mohd Khairi Shah Mohd Ariffin, En. Azman Ariff Shah dan En. Muhammad Amirul Hakim Mohd Rafie.