Bengkel Badminton yang telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Kg Pandan pada 12 September 2020 (Sabtu) yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Kecergasan Inspirasi dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras /Bandar Tun Razak. Bengkel ini disertai seramai 40 pelajar-pelajar dari sekolah di kawasan Bandar Tun Razak. Bengkel Badminton ini memberi peluang kepada pelajar dan belia mempelajari asas mengenai sukan badminton. Bengkel ini dilatih oleh jurulatih yang berpengalaman.