14 April 2022, Kg. Pandan -  Bersempena dengan bulan Ramadhan, Program Tadarus, Khatam Quran sempena Ihya Ramadhan akan dilaksanakan dengan kerjasama NGO di Kawasan Titiwangsa dan Setiawangsa. Antara NGO yang terlibat adalah Kelab Belia Wawasan Titiwangsa, Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, MAYC Setiawangsa dan Kelab Belia Transformasi Setiawangsa. Perjumpaan Pegawai Belia Sukan bersama NGO terlibat telah diadakan secara bersemuka bagi membincangkan program-program sempena Ihya Ramadhan dan juga program RMDO yang akan diadakan sebanyal 4 Siri bagi kedua-dua kawasan. Semoga jalinan kerjasama ini akan berterusan dan mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara PBSK Titiwangsa/Setiawangsa dengan belia setempat. 
 
Disediakan Oleh
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa