KEPONG,2 JULAI 2020- Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong / Segambut telah menjalankan sesi penyerahan sijil dan cenderamata kepada peserta Rakan Muda Tadarus Virtual 2020.
Seramai 5 orang peserta daripada kawasan Kepong dan Segambut telah menyertai program yang berlangsung selama 20 hari bermula pada 1 Mei hingga 20 Mei 2020. Sesi penyerahan dilakukan oleh Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong / Segambut, Cik Syafiqah Hani Binti Sulaiman dengan objektif utama untuk mengeratkan hubungan peserta dan juga PBSK Kepong/ Segambut selain memberi semangat kepada peserta untuk terus mengikuti program anjuran PBSK Kepong/ Segambut. Aktiviti seumpama ini juga dapat memberi peluang kepada peserta mengenali Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong / Segambut.