BUKIT KIARA,2 JULAI 2020- Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan mesyuarat pengurusan bahagian pada 2 Julai 2020 betempat di Bilik Mesyuarat Kiara Utama, JBS WP Kuala Lumpur. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan JBS WP Kuala Lumpur, Encik Javiques Badana Anak Joannis bertujuan memastikan segala perlaksanaan program-program, pengurusan dan pentadbiran bahagian sukan sentiasa diselia dengan baik oleh setiap pegawai-pegawai di bahagian pembangunan sukan JBS WP Kuala Lumpur.