IMG_20200206_3.jpg

BUKIT KIARA, 06 Februari 2020-Telah berlangsung Mesyuarat dan Kunjung Hormat Majlis Belia WP Kuala Lumpur ke Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur pada hari ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Asmori bin Haji Sa’ahari, Pengarah JBSWP Kuala Lumpur. Majlis Belia WP Kuala Lumpur diwakili oleh En. Mohamed Naseer Bin Mohamed selaku Presiden, En. Khairil Roy Azuan Bin Kamaruddin selaku Timbalan Presiden, En.Hamirul Hazwan Bin Hamizan selaku Setiausaha Agong dan EXCO serta kepimpinan Majlis Belia Kawasan. Turut hadir En. Anuar bin Hamid, Penolong Pengarah Rakan Muda serta wakil-wakil daripada Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan termasuk Pejabat Belia dan Sukan Kawasan. Mesyuarat dan kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama kedua belah pihak yang bertindak sebagai Rakan Kongsi Utama pihak JBSWP Kuala Lumpur bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Program-program Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda Tahun 2020 di peringkat akar umbi bagi pembangunan belia Kuala Lumpur secara keseluruhannya.


Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Belia JBSWPKL
Disunting oleh: Shahrul Izwan bin Mat Sharif (Unit Portal JBSWPKL)