BUKIT KIARA,2 JULAI 2020- Satu lawatan pemantauan secara berkala telah dilakukan oleh Pengurus Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Puan Anfatny Ann Rutel bersama dengan Penolong Jurutera, Encik M Nuramin Bin Hassan. Lawatan yang dilakukan di sekitar Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara dan juga bangunan pentadbiran Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur itu bertujuan untuk memeriksa keadaan fasiliti yang sedang dan telah dinaik taraf bagi memastikan ianya mencapai piawaian yang telah ditetapkan.