Wangsa Maju, 30 Jun 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Wangsa Maju pada hari ini.Kunjungan hormat bertujuan untuk sesi suai kenal di antara Pejabat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Wangsa Maju disamping menjalinkan kerjasama strategik di antara pihak pejabat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Wangsa Maju dalam beberapa penganjuran program yang akan dianjurkan.Kunjungan hormat tersebut telah diketuai oleh Puan Norsafinah binti Haya, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju. Turut serta Cik Hazriati binti Abd. Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Encik Mohd. Safian bin Mat Sahat, Pembantu Belia dan Sukan manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Wangsa Maju diwakili oleh Encik Yusman bin Haiti, Pengurus Kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Wangsa Maju.