KAMPUNG BARU, 28 Jun 2022 - Telah berlangsung Bengkel Prolog Sistem Anugerah Remaja Perdana Rakan (ARPRM) bertempat di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MIIT Peringkat WP Kuala Lumpur 2022. Program ini disertai oleh seramai 60 orang peserta terdiri daripada Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pegawai Rakan Muda Kawasan, Wakil Badan Operasi (BO) Sekolah serta pemegang pingat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda disekitar Kuala Lumpur.
Objektif utama bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Sistem Prolog ARPRM untuk dipraktikkan kepada Peserta & Badan Operasi serta mewujudkan satu mekanisme yang dapat menyelaras segala pengurusan operasi dengan melestarikan pendigitalan sepenuhnya dalam proses perekodan, pengurusan data dan pentadbiran. Program ini turut mendapat kerjasama daripada pihak UniKL dan Ahli Sekretariat Rakan Muda (SRM) UnikL MIIT dalam menyediakan fasiliti
terbaik
 
demi menjayakan bengkel tersebut. Sesi taklimat Prolog ARPRM disampaikan oleh Pn. Nurhashiqin Bt. M.Ali, Penolong Pengarah Unit Latihan dan Pentauliahan, Rakan Muda KBS.
Turut hadir bersama menjayakan program ini adalah YBhg. Dr. Suriana Bt. Ismail, Ketua Bahagian Pengajian Lepasan Ijazah, selaku Penasihat SRM UniKL MIIT. Majlis Perasmian bengkel tersebut disempurnakan oleh En. Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan WPKL.