home button

Kuala Lumpur

Bukit Kiara 28 Jun 2022- Sempena hari sukan Jabatan pada hari ini, telah diadakan Program Kecergasan Lets Get Fit, Kuala Lumpur bersama kakitangan Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur bertempat di Lobi Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur.Program ini merupakan anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur dan telah dikendalikan oleh Instruktur Kecergasan iaitu Coach Sharina dari Aero Dance Zumba manakala Coach Aidil dari Kickboxing Bodysculpt.Membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat merupakan komitmen Jabatan Belia dan Sukan Negara bagi penggalakan gaya hidup aktif dan sihat selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat.Pegawai dan kakitangan, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju turut serta dalam menjayakan program tersebut.
Kuala Lumpur, 28 Jun 2022- Telah diadakan Bengkel Prolog Sistem Anugerah ARPRM (Remaja Perdana Rakan Muda) bertempat di Bilik Makmal Universiti Kuala Lumpur. Bengkel ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur bagi memperkenalkan dan mempraktikkan fungsi sistem ARPRM secara atas talian yang telah dibangunkan oleh pihak Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan SukanTurut hadir ke bengkel tersebut adalah Encik Mohd. Safian bin Mat Sahat, Pembantu Belia dan Sukan mewakili Pejabat Belia dan Sukan kawasan Batu / Wangsa Maju.
Batu, 22 Jun 2022 - Mesyuarat Khas Majlis Belia Kawasan Batu telah diadakan bertempat di Ruang Inspire, BurgerByte Taman Dato Senu, Kuala Lumpur.Mesyuarat telah membincangkan beberapa perkara penting serta memberi fokus dan tumpuan mengenai gerak kerja program akan datang.Terima kasih diucapkan kepada Y.Bhg Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi bin Yahya, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur yang turut hadir meluangkan masa bersama Majlis Belia Kawasan Batu demi pembangunan belia di kawasan Batu.Berita disediakan oleh:-Majlis Belia Kawasan Batu22 Jun 2022
Bangi, 20 Jun 2022- Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Kursus Dasar Belia Malaysia (DBM) dan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan) 2019 (AKTA A 1602 pada 20 dan 21 Jun 2022 bertempat di National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Bandar Baru Bangi.Kursus ini bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan Basar Belia Malaysia dan Akta A 1602 di kalangan pegawai Kementerian dari kumpulan pengurusan dan profesional gred S41/S44 daripada Jabatan / agensi di bawah Kementerian Belia dan SukanJabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur diwakili oleh Puan Norsafinah binti Haya, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju bagi menghadiri kursus berkenaan.