home button

Kuala Lumpur

20 Jun 2022 - Rasai kehangatan Program 1000 Liga yang merupakan program baharu dan terkini di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras Bandar Tun Razak.Sebanyak 7 SUKAN akan dipertandingkan sepanjang program 1000 Liga ini berlangsung. Antara sukan tersebut adalah Ping Pong, Badminton dan Catur serta 4 lagi sukan yang pastinya MENARIK minat anda.Ikuti kami dengan lebih rapat untuk mengetahui 4 lagi jenis sukan yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini.Program 1000 LigaDisediakan olehUnit Berita Pejabat Belia dan Sukan KawasanCheras Bandar Tun Razak
20 Jun 2022 - Nantikan pengumuman aktiviti bagi 6 Segmen Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Cheras Bandar Tun Razak.6 Segmen tersebut adalah:1. Segmen Modal Insan2. Segmen Ekonomi3. Segmen Dari Belia Untuk Belia4. Segmen Gaya Hidup Aktif5. Segmen Seni Kreatif dan Digitalisasi6. Segmen Kenegaraan dan PatriotismeDisediakan olehUnit BeritaPejabat Belia dan Sukan KawasanCheras Bandar Tun Razak
Cheras, 19 Jun 2022 – Hari in satu detik bersejarah telah tercipta apabila Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) Cheras/Bandar Tun Razak telah memperkenalkan Logo baru bagi menunjukkan identiti dan ciri khas PBSK Cheras/Bandar Tun Razak. Logo tersebut menunjukkan komitmen PBSK Cheras/Bandar Tun Razak dalam memegang amanah pembangunan belia dan sukan di Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak.Keterangan logo:-Bulatan : semangat muafakat warga kerja dan pemegang taruh akar umbi5 bintang : 5 orang warga kerja yang komited dalam melaksanakan tugasLambang Harimau : semangat jitu dalam melaksanakan tugasDaun emas: pematuhan kepada Prinsip Rukun Negara dalam melaksanakan tugasWarna biru : Semangat perpaduan dalam kalangan warga kerja dan pemegang taruh akar umbiWarna kuning : Ketelusan dalam melaksanakan tugasanDisediakan olehUnit BeritaPejabat Belia dan Sukan KawasanCheras/Bandar Tun Razak
CHERAS, 18 Jun 2022 - Telah selesai sesi lawatan tapak Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Cheras. Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Cheras serta pelaksanaan SEGMEN Hari Belia Negara akan diadakan di Dewan Kampo, Fit Arena dan Bilik Merak Pusat Belia Antarabangsa Cheras.Nantikan pengumuman program-program yang akan dilaksanakan.Disediakan olehUnit BeritaPejabat Belia dan Sukan KawasanCheras/Bandar Tun Razak