home button

Kuala Lumpur

 

BUKIT KIARA, 16 JUN 2022:Mesyuarat Dalaman Jawatankuasa Pelaksana Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat WP Kuala Lumpur Sidang II Penggal ke-33 Sesi 2021/2022 telah berlangsung hari ini melibatkan pegawai dan kakitangan JBSWPKL yang terlibat untuk gerak kerja program kelak.

Bagi melicinkan perjalanan program, sebanyak lapan Jawatankuasa utama diwujudkan diterajui oleh Unit Pembangunan Sosial Bahagian Pembangunan Belia, JBSWPKL. Penambahbaikan perjalanan program melalui percambahan idea dan perbincangan oleh ahli mesyuarat turut menjadi intipati utama mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Asmori bin Haji Sa’ahari, Pengarah JBSWP Kuala Lumpur. Beliau juga berharap agar semua kakitangan yang terlibat berganding bahu bersama dengan rakan strategik utama program melalui Jawatankuasa Kerja yang dibentuk oleh Majlis Belia Wilayah Persekutuan untuk kelancaran program kelak.

 

BUKIT KIARA, 16 Jun 2022:Taklimat Peraturan dan Keselamatan Pengguna Kepada Urusetia Program yang Membabitkan Penggunaan Kemudahan Asrama Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.

Sejajar dengan objektif Pengurusan Kompleks yang ingin memastikan keselamatan pengguna Kemudahan Asrama khususnya sentiasa dititikberatkan oleh semua pihak, sesi taklimat peraturan  dan keselamatan pengguna telah diberikan kepada wakil Malaysia Armwrestling Federation - MYARM yang menggunakan kemudahan Asrama Kompleks sempena Kejohanan Gusti Lengan Asia 2022 bertempat di Paradigm Mall Petaling Jaya.

Taklimat santai tersebut dilaksanakan di sekitar Lobi Asrama dan telah disampaikan oleh Encik Mohd Firdaus sebelum penyerahan kunci kepada wakil Persekutuan dilakukan.

#krmbukitkiara

#krmbk

#jbswpkl

#jbsnbersama

 

Bukit Kiara, 14 Jun 2022: Satu mesyuarat dalaman telah dijalankan melibatkan kakitangan Bahagian Pembangunan Belia JBSWP Kuala Lumpur bagi membincangkan laporan setiap Unit untuk perancangan dan pelaksanaan program-program bagi tahun 2022.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah Belia. Beliau turut menyampaikan amanat daripada Tuan Pengarah meliputi aspek etika mengetik kad perakam waktu, kursus dan latihan, urusan keluar pejabat, pelaksanaan Myportfolio serta Sub Modul Deskripsi Tugas (JD).

Selain daripada itu, turut dibincangkan tentang pelaksanaan program pada Bulan Jun dan Julai iaitu Anugerah Perdana Belia Negara(APBN), Majlis Perundingan Belia Negara dan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WPKL 2022.

Pengerusi juga berharap agar semua pegawai dan kakitangan dapat mematuhi peraturan‐peraturan yang sedang berkuatkuasa serta memberikan komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan tugasan‐tugasan yang diberikan pada masa yang akan datang.

 

SEPUTEH, 13 Jun 2022: Majlis Belia Kawasan (MBK) Seputeh komited dengan memberikan sepenuh tumpuan kepada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh yang akan diadakan pada bulan Ogos 2022 nanti.

MBK Seputeh bersama-sama PBSK Seputeh mengadakan sesi lawatan tapak di dua lokasi. Antara lokasi yang dikenalpasti dan menjadi pilihan adalah Kompleks Komuniti Muhibbah yang pernah menjadi Pusat Pemberian Vaksin sewaktu fasa pandemik Covid-19 & Kompleks Tun Ghaffar Baba @ Seputeh di Kuchai Lama.

Pelbagai aktiviti yang dirancang bagi memenuhi dan mencapai sasaran dalam pelaksanaan HBN Kawasan Seputeh ini. Nantikan !