home button

Kuala Lumpur

15 April 2018 – Program Impak ILKBS @ Komuniti Batu telah dilaksanakan di Perumahan Awam Sri Kelantan, Sentul. Program gotong-royong kali ini memfokuskan kepada aktiviti membersih dan mengecat perkarangan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) di kawasan perumahan tersebut.

Program dirasmikan oleh Tuan Haji Gulam Muszaffar bin Gulam Mustakim, Aktivis Masyarakat di Parlimen Batu. Program yang disertai oleh 50 orang peserta juga merupakan kesinambungan daripada Program Volunteer for Kuala Lumpur (V4KL) yang mula dilaksanakan sejak 2017.

Menurut Tuan Hj. Gulam, penglibatan peserta pada program kali ini cukup menggalakkan dan beliau berterima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu dan Akademi Kemahiran Belia Golf kerana membantu menjalankan aktiviti di kawasan tersebut. Turut bersama-sama menjayakan program ini adalah peserta-peserta daripada IKBN Dusun Tua.


Disediakan oleh:Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu/ Wangsa Maju
Disunting oleh: Unit Portal Jabatan

IMG-20200205-WA0004.jpg

Bukit Kiara, 5 Februari 2020 - Mesyuarat penyelarasan Program dan aktiviti Jelajah Fit Malaysia WPKL 2020 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Kiara Utama Aras 2, JBSWPKL. Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Encik Javiques Badana Anak Joannis, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan,JBSWPKL. Sehubungan itu, PBSK Batu/Wangsa Maju diberi tanggungjawab sebagai pengerusi jawatan kuasa aktiviti dan pertandingan yang bertanggungjawab menyelaras dan memastikan perjalanan program dan aktiviti Jelajah FIT Malaysia peringkat WPKL lancar dengan jayanya. Agensi dan 20 persatuan sukan telah hadir membincangkan pengisian dan gerak kerja dalam menjayakan Jelajah Fit Malaysia Kuala Lumpur sebagai negeri pertama penganjuran bagi tahun ini. Pelbagai aktiviti dan pertandingan akan dilaksanakan untuk menggerakkan semangat bersukan dan cergas di peringkat akar umbi. Mesyuarat bermula jam 9.30 pagi dan tamat jam 11.30 pagi. Kata sepakat dan kerjasama telah di capai bagi menjayakan FIT MALAYSIA KUALA LUMPUR 2020.

Disediakan oleh: PBSK Batu & Wangsa Maju 
Disunting oleh: Shahrul Izwan bin Mat Sharif (Unit Portal JBSWPKL)

IMG-20200203-WA0001.jpg


Putrajaya, 3 Februari 2020 - Perlumbaan Le Tour De Langkawi 2020 akan bermula pada 6 Februari 2020 sehingga 15 Februari 2020. Wilayah Persekutuan menjadi tuan rumah kepada dua peringkat LTdL iaitu Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi penamat bagi peringkat ketiga yang dilepaskan dari Temerloh, Pahang pada 9 Februari 2020. Manakala Putrajaya pula adalah sebagai lokasi pelepasan bagi peringkat keempat ke Genting Highlands, Pahang pada 10 Februari 2020. Human Voyage (M) Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai penganjur Le Tour De Langkawi 2020.


Disediakan oleh: PBSK Putrajaya 
Disunting oleh: Shahrul Izwan bin Mat Sharif (Unit Portal JBSWPKL)

IMG_20200206_3.jpg

BUKIT KIARA, 06 Februari 2020-Telah berlangsung Mesyuarat dan Kunjung Hormat Majlis Belia WP Kuala Lumpur ke Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur pada hari ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Asmori bin Haji Sa’ahari, Pengarah JBSWP Kuala Lumpur. Majlis Belia WP Kuala Lumpur diwakili oleh En. Mohamed Naseer Bin Mohamed selaku Presiden, En. Khairil Roy Azuan Bin Kamaruddin selaku Timbalan Presiden, En.Hamirul Hazwan Bin Hamizan selaku Setiausaha Agong dan EXCO serta kepimpinan Majlis Belia Kawasan. Turut hadir En. Anuar bin Hamid, Penolong Pengarah Rakan Muda serta wakil-wakil daripada Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan termasuk Pejabat Belia dan Sukan Kawasan. Mesyuarat dan kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama kedua belah pihak yang bertindak sebagai Rakan Kongsi Utama pihak JBSWP Kuala Lumpur bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Program-program Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda Tahun 2020 di peringkat akar umbi bagi pembangunan belia Kuala Lumpur secara keseluruhannya.


Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Belia JBSWPKL
Disunting oleh: Shahrul Izwan bin Mat Sharif (Unit Portal JBSWPKL)