home button

Kuala Lumpur

Sesi malam KURSUS TEQBALL diisi dengan modul ceramah nutrisi oleh Puan Eliza dari Institut Sukan Negara (ISN). Sesi bermula jam 8.30 malam hingga jam 9.30 malam.

Pahang, 12 Februari 2020 - Telah berlangsung Kursus Pengurusan Perolehan dan Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (Siri 1) Tahun 2020 bertempat di Taman Agroteknologi MARDI, Cameron Highlands.Kursus 3 hari 2 malam ini memberi fokus kepada Pegawai-pegawai Perolehan dan dihadiri oleh pelbagai Bahagian/ Jabatan/ Agensi di bawah KBS daripada seluruh negeri.Antara objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan pegawai dalam pengurusan perolehan dan pengurusan Kewangan yang berkaitan dengan perolehan. Turut ditekankan di dalam pengisian kursus adalah Isu Audit dan Tatatertib berkaitan Isu-isu perolehan serta perbincangan mengenai kajian-kajian kes terdahulu.Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBrs. Pn Misjijah binti Marul, Setiausaha Bahagian Kewangan KBS.Hadir mewakili pihak Jabatan ialah En Anuar bin Hamid, Penolong Pengarah Rakan Muda JBSWPKL.

BANGI, 11 Februari 2020 - Telah selesai Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian Sukan Teqball Peringkat Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fauzi bin Haji Ariffin, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan.Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur akan melaksanakan Klinik Pembangunan Sukan Teqball Peringkat Negeri pada 15 sehingga 16 Februari 2020 di Sekolah Sains Selangor, Cheras.Majlis turut dihadiri oleh Encik Javiques Badana anak Joannis, Penolong Pengarah Sukan JBSWPKL.

PUTRAJAYA, 10 Februari 2020 - Perlumbaan sejauh 156.1km menanti para pelumba Le Tour de Langkawi 2020 pada Peringkat Keempat yang bermula dari Dataran Gemilang, Putrajaya menuju ke Genting Highlands.Pada Edisi kali ke 25 ini, sebanyak 21 pasukan bertanding merebut gelaran Juara bagi setiap peringkat perlumbaan.Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.Majlis turut dihadiri oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Belia dan Sukan, pegawai-pegawai Kanan, Encik Asmori bin Haji Sa’ahari Pengarah JBSWPKL dan Encik Javiques Badana anak Joannis, Penolong Pengarah Sukan JBSWPKL.