home button

Kuala Lumpur

 
KEPONG, 17 Julai 2022 - Telah berlangsung Kejohanan Bola Keranjang 3x3 Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat WP Kuala Lumpur di Ace Sports World, Lotus's Kepong, Bandar Manjalara. Kejohanan ini melibatkan penyertaan semua PBSK bagi kategori lelaki dan wanita.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato' Bruce Lim, Presiden Bola Keranjang Kuala Lumpur (KLBA). Turut hadir bersama ialah Encik Halman b. Salleh, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dan Encik Tang Kong Weng, Setiausaha Kehormat KLBA.
Penghargaan juga diberikan kepada Persatuan Bola Keranjang Kuala Lumpur dan Ace Sports World di atas kerjasama dan bantuan yang diberikan bagi menjayakan kejohanan ini.
KATEGORI LELAKI
1 Cheras A
2 Setiawangsa A
3 Kepong A
3 Segambut B
KATEGORI NLWANITA
1 Bandar Tun Razak A
2 Titiwangsa A
3 Setiawangsa B
3 Cheras A
TAHNIAH kami ucapkan kepada semua pasukan yang berjaya .
 
BUKIT KIARA, 24 Julai 2022- Kursus Asas Orienteering Tahap 1 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Sukan Orienteering Negeri Selangor (PROSEL).
Objektif kursus ini adalah untuk memperkenalkan sukan orienteering di kalangan komuniti setempat, teknik penggunaan alat, teknik membaca peta dan penganjuran kejohanan sukan orienteering.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 29 orang peminat sukan orienteering yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan jantina.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBSWPKL, En. Lim Chow Kiat.
 
BUKIT KIARA, 21 Julai 2022 - BPRM JBSKL hari ini telah melaksanakan Program Rakan Muda Exxo Camp Peringkat Zon Tengah 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur bermula pada 21 hingga 24 Julai 2022.
Program Rakan Muda Exxo Camp (Explore, Experience, Extreme, Organize) ini adalah kaedah intervensi dalam menangani gejala sosial dan menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan belia berisiko dan ianya berkonsepkan Summer Camp.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta berumur 15 hingga 18 tahun yang terdiri daripada negeri Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.
 
SEPUTEH, 21 Julai 2022- PBSK Seputeh mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh bersama Encik Mohd Asmizi bin Mohd Yusoff, Pengurus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Seputeh.
Beliau menyambut baik perancangan awal yang telah dibincangkan bersama Majlis Belia Kawasan Seputeh dan sudi membantu beberapa perkara dalam pelaksanaan HBN ini.