home button

Kuala Lumpur

15 April 2018 – Program Impak ILKBS @ Komuniti Batu telah dilaksanakan di Perumahan Awam Sri Kelantan, Sentul. Program gotong-royong kali ini memfokuskan kepada aktiviti membersih dan mengecat perkarangan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) di kawasan perumahan tersebut.

Program dirasmikan oleh Tuan Haji Gulam Muszaffar bin Gulam Mustakim, Aktivis Masyarakat di Parlimen Batu. Program yang disertai oleh 50 orang peserta juga merupakan kesinambungan daripada Program Volunteer for Kuala Lumpur (V4KL) yang mula dilaksanakan sejak 2017.

Menurut Tuan Hj. Gulam, penglibatan peserta pada program kali ini cukup menggalakkan dan beliau berterima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu dan Akademi Kemahiran Belia Golf kerana membantu menjalankan aktiviti di kawasan tersebut. Turut bersama-sama menjayakan program ini adalah peserta-peserta daripada IKBN Dusun Tua.


Disediakan oleh:Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu/ Wangsa Maju
Disunting oleh: Unit Portal Jabatan

Isnin, 30 April 2018- Bertempat di padang SMK Bandar Baru Seri Petaling (SMKBBSP), Jalan Radin Kuala Lumpur telah berlangsungnya FitMalaysia@Komuniti Kawasan Seputeh 2018 bagi Sesi 1. Pengetua SMKBBSP, Mohamad Saadon Bin Haron, menerima baik program ini dengan memberikan peluang dan slot kepada PBSK Seputeh untuk menjalankan aktiviti senamrobik dalam atur cara Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-23 2018. Penerimaan baik oleh institusi pendidikan seperti ini memberikan satu impak positif untuk berkolaborasi bersama pada masa akan datang.

Slot senamrobik yang dipimpin instruktur bebas, Puan Belinda, juga memberikan keceriaan dan semangat kepada warga SMKBBSP dengan senamrobik pemanas badan dan regangan  otot sejurus sahaja Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-23 itu dirasmikan oleh En. Vikneswaran A/L Raja Gobal.

Disediakan oleh ; PBSK Seputeh

Putrajaya – Pejabat Belia Dan Sukan Kawasan Putrajaya menerima kunjungan daripada Persatuan Taekwondo ITF Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk membincangkan tentang program kerjasama Asia Taekwon-Do Championship Kuala Lumpur 2018 yang dijangka diadakan pada 29 November hingga 2 Disember 2018 di KUIS Convention Centre.

Kesungguhan Persatuan Taekwon-Do ITF W.P. Putrajaya ini perlu dicontohi dan dipuji atas usaha untuk meningkatkan mutu sukan ini di peringkat antarabangsa.

Putrajaya– Pejabat Belia Dan Sukan Kawasan Putrajaya telah menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Dan Pembudayaan Al-Quran Siri 2/2018 anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia yang diadakan di Galeri KBS.

Program ini dimulakan dengan Solat Dhuha, Bacaan Al-Quran Dan Tafsir.  Kemudian diteruskan dengan Ibrah Surah Al Fatihah dan Surah Al-Ikhlas daripada YBhg. Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman yang merupakan Penyampai Segmen Ibrah IKIM.FM.

Program ini banyak memberikan kefahaman tentang Al Quran yang mana ianya bukan sekadar untuk dibaca tetapi perlu dihayati dan dipelajari kerana ia merupakan panduan umat Islam untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sub-kategori