PM31 2 PM31 1

PASIR MAS, 17 MAC 2020 – Pusat  Ternakan Kelulut yang di usahakan oleh Mohd Norhisham bin Muhammad di Pasir Tumboh Kelantan telah dikunjungi oleh Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia,  Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dr Zainah binti Sharif sempena Lawatan Kerja ke Negeri Kelantan.

Usahawan ini turut mendapat bimbingan dan menyertai pelbagai kursus anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah Perak.   Beliau juga merupakan usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Usaha beliau sejak 2013 telah membuahkan hasil apabila projek ternakan kelulut yang diusahakannya di kawasan rumah mampu memberi pendapatan lumayan kepada beliau. Di samping itu, beliau turut mengeluarkan produk berasaskan kelulut serta sabun dan krim.

Hadir sama semasa sesi lawatan adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Puan Laila Nazura binti Nawi.

Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas