KELANTAN, 16 SEPTEMBER 2020 - Sesi taklimat sebutharga dan lawatan tapak  perkhidmatan membersih, menyelenggara, mencuci bangunan dan kawasan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah diadakan pada 13 September 2020 bermula  jam 11.20 pagi bertempat di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Seramai 88 syarikat telah hadir untuk mendengar taklimat berkenaan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Taklimat telah disampaikan oleh Cik Wan Hasmalinda binti Wan Ishak , Pegawai Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah wakil dari pejabat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kontrak perkhidmatan membersih, menyelenggara, mencuci bangunan dan kawasan akan bermula pada bulan Oktober 2020 dan berakhir pada bulan Oktober 2022. Tarikh tutup tawaran  sebutharga ialah pada 20 September 2020.

Antara spesifisikasi yang disampaikan ialah dari segi kawasan kerja, jenis kerja dan kekerapan kerja mengikut hari, minggu dan bulan. Sesi taklimat dan lawatan tapak tersebut berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan