KELANTAN, 16 SEPTEMBER 2020  - Sesi taklimat sebutharga dan lawatan tapak  perkhidmatan kerja-kerja landskap telah diadakan bermula  jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Seramai 21  syarikat telah hadir untuk mendengar taklimat berkenaan spesifikasi sebutharga kerja-kerja landskap di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Taklimat telah disampaikan oleh Cik Wan Hasmalinda binti Wan Ishak , Pegawai Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir sesi taklimat tersebut  ialah Tuan Syed Abdul Aziz bin Engku Chik Abdullah, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kontrak perkhidmatan landskap akan bermula pada bulan Oktober 2020 dan berakhir pada bulan Oktober 2022. Tarikh tutup tawaran  sebutharga ialah pada 17 September 2020.

Antara spesifisikasi yang disampaikan ialah dari segi kawasan kerja, jenis kerja dan kekerapan mengikut hari, minggu dan bulan. Sesi taklimat dan lawatan tapak tersebut berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan