KELANTAN, 21 JUN 2020 – Bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah diadakan satu taklimat dan lawatan tapak projek Naik Taraf Kemudahan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 15 Jun 2020 yang lalu. Sesi taklimat telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Dr Rujhan Mustafa, wakil Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Taklimat tersebut telah membincangkan berkenaan status projek kerja-kerja naiktaraf serta perkara-perkara berbangkit. Jemputan mesyaurat juga telah dibawa meninjau ke tapak-tapak projek antaranya Dewan Wawasan, Surau, Asrama, Gelanggang Futsal dan sebagainya. Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut adalah Encik Norazli bin Indzam, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan, Encik Mohd Khairi bin Ali, wakil dari Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Pegawai Pengurusan Tertinggi JBSN Kelantan. Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan