KELANTAN, 8 Ogos 2022 : Morning Prayer bersama dengan Ketua-Ketua Bahagian di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JBSNK hari ini.
 
Morning Prayer ini merupakan mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang baru kembali bertugas setelah bercuti menunaikan ibadah haji yang lepas. Mesyuarat dihadiri oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria Timbalan Pengarah JBSNK, Puan Nurul Asmad binti Che Harun Penolong Pengarah JBSNK, Encik Amreezal bin Abdul Kadir Ketua Unit Bahagian Rakan Muda, Puan Azma binti Yahya Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Puan Rafizamasturi binti Zakaria Ketua Pembantu Tadbir JBSNK serta Puan Farah Syamimi binti Mohamad Shamsuddin Pegawai Khidmat Pelanggan JBSNK.
 
Semoga JBSNK terus cemerlang di bawah pimpinan Tuan Haji Asmadi bin Mohamad.
 
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSN Kelantan