PM33 3 PM33 2

PASIR MAS, 17 MAC 2020 -  Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas,  En Mohd Azmi bin Mohd Yusoff telah bertukar ke Pejabat belia dan Sukan Daerah tumpat pada 5 Mac lalu setelah menabur bakti untuk pembangunan belia di daerah Pasir Mas selama  lebih lima tahun.

Sepanjang beliau bertugas di daerah ini,  banyak pemimpin belia telah di lahirkan dan antaranya telah memenangi Anugerah Perdana Belia Negara sejak tahun 2018 seperti Penerima Anugerah Perdana Belia Negara (Individu Wanita) Naib Johan (Individu  Lelaki) pada 2019 serta Naib Johan bagi kategori Pertubuhan Belia pada 2018. 

Beliau juga amat berharap agar sebagai penjawat awam, kita perlu menjalankan amanah yang diberi untuk membangunkan persatuan, kelab serta golongan belia di peringkat akar umbi.

Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas