PASIR PUTEH, 12 Ogos 2020 – Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh berbesar hati apabila barisan kepimpinan Srikandi Bersatu Pasir Puteh turut menyokong pergerakan mereka dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai keperluan untuk mengamalkan normal baharu didalam kehidupan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID19 disatu perjumpaan santai di Restoran Paku Laris, Merkang, Pasir Puteh.

Melalui program ini “#kitajagakita” diterjemahkan kepada perlakuan apabila Yang Di Pertua Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh, Muhamad Firdaus Zamri turun padang dan mengagihkan kelengkapan topeng separuh muka dan cecair pembasmi kuman kepada masyarakat disekitar Pasir Puteh sepanjang pelaksanaan PKPP sehingga sekarang.

Dikesempatan itu juga, YDP Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh juga menyerahkan kit Covid19 kepada Saudara Arif Presiden Kelab Bolasepak Kampung Nara.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh.