JELI, 10 OGOS 2022 – Telah berlangsung Program Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 peringkat daerah Jeli anjuran bersama Pejabat Tanah Jajajan Jeli dan Pejabat Penerangan daerah Jeli pada 9 Ogos 2022, semalam bertempat di Dataran Ilmu, Bandar Jeli.
 
Baton Kembara Merdeka Keluarga Malaysia tahun 2022 telah diterima daripada daerah Gerik di Dewan SK RPS Air Banun, Gerik sebelum memulakan jelajah ke seluruh Negeri Kelantan didahului dengan daerah Jeli. Acara telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ustaz Haji Abdulahh bin Yakub, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan kepada YBrs. En. Muhd Nor Aswadi Md. Nor, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan selaku Ketua Konvoi KMKM Tahun 2022 Negeri Kelantan.
 
Turut diadakan selingan aktiviti persembahan dikir barat daripada Kumpulan Sri Muda Jeli dan penyerahan Jalur Gemilang kepada semua ketua-ketua jabatan Jajahan Jeli. Program diakhiri dengan pelepasan konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 ke daerah Tanah Merah oleh YB Dato’ Ustaz Haji Abdulahh bin Yakub, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, diiringi YB Datuk Ab. Aziz bin Hj. Derashid, ADUN Kuala Balah. Turut hadir bersama memeriahkan program, YBrs Pn. Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan daerah Jeli.
 
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli