TUMPAT, 11 OGOS 2020 – Program Gotong-Royong Cari dan Musnah Pembiakan Aedes Peringkat Daerah Tumpat Tahun 2020 telah berlangsung pada 7 Ogos yang lalu. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Izani bin Husin Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan bertempat di Masjid An-Nadwah, Kg. Padang Rokma. Turut hadir YB. Hj. Rusli Abdullah, ADUN Wakaf Bharu, YABrs. Encik Mohd Azri bin Abd Rahman, Ketua Jajahan Tumpat serta masyarakat setempat. Program ini turut disertai oleh pegawai dan kakitangan PBSD Tumpat.

Program-program sebegini secara tidak langsung dapat membantu belia-belia di bawah pengawasan pihak AADK membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat. Selain membuka mata masyarakat agar tidak memandang serong kepada belia-belia yang dibawah pengawasan, seolah-olah mereka tidak pernah memberi apa jua manfaat kepada komuniti. Bagi mengekalkan kepulihan dan membolehkan mereka diterima masyarakat, sokongan komuniti setempat amat penting dalam menerima mereka ini agar tidak mengulangi penagihan apabila merasakan diri mereka tersisih.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tumpat