PP12 1 PP12 2

PASIR PUTEH, 14 JANUARI 2021 - Ummah Care Kelantan dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh telah mengadakan program gunting rambut secara percuma jom ke sekolah pada 10 Januari 2021 yang lalu bermula jam 8.00 pagi bertempat di perkarangan rumah Joning Ab. Rahman di Kampung Gong Garu, Gaal.

Program yang julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang baik di kalangan penduduk kampung tersebut. Turut hadir Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh turun untuk hadir memberi sokongan kepada program ini. Menurut saudara Firdaus bin Zamri, Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh program ini diadakan adalah untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga bagi persiapan untuk anak-anak memasuki persekolahan.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh