BACHOK, 10 OGOS 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok telah menerima kunjungan dari wakil Pejabat Pendidikan Daerah Bachok iaitu Encik Ahmad Radhi dan Encik Darawi, masing-masing dari Unit Penolong Kanan Kokurikulum (PKKO) dan Unit Pendidikan Khas.

Kunjungan ini bertujuan untuk menyatakan hasrat daripada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Bachok bagi membangunkan infrastruktur sukan didalam kawasan Pejabat Pendidikan Daerah Bachok. Menurut Encik Radhi, pihak PPD Bachok kini dalam usaha untuk membangunkan infrastruktur sukan seperti Dewan Serbaguna yang membolehkan para pelajar di sekitar daerah Bachok menjalankan latihan seperti sukan sepak takraw, bola jaring, bola tampar dan futsal. Beliau turut berkata, tinjauan tapak telah dibuat bagi menentukan tempat yang sesuai untuk membangunkan dewan serbaguna tersebut.

“Saya bagi pihak PPD Bachok amat berharap agar dewan serbaguna ini dapat dibangunkan disini memandangkan kita masih belum mempunyai sebarang kemudahan yang sesuai untuk menjalankan latihan sukan dan amat berharap pihak KBS dapat membantu PPD Bachok dalam menyediakan infrastruktur sukan didaerah Bachok,” ujar Encik Radhi, kelmarin.

Disediakan oleh Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok.