KELANTAN, 5 JULAI 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menerima kunjungan daripada Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelsDeaf) yang diketuai oleh Encik Saiful Helmie bin Dzamani, Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan pada 5 Julai 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan kerjasama dalam pelaksanaan Kursus Asas Bahasa Isyarat yang dirancang untuk dilaksanakan pada 25 September 2022. Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah JBSN Kelantan. Turut hadir Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah JSBN Kelantan dan Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Pegawai Pembangunan Sukan OKU JBSN Kelantan.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan