JELI, 10 OGOS 2020 – Seramai 5 orang peserta daripada Daerah Jeli telah menyertai Program Khat @ Rakan Muda anjuranJabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang dipertandingkan secara atas talian (online) bermula 3 Ogos sehingga semalam, 9 Ogos 2020.

Program ini yang merupakan satu platform untuk belia di Malaysia mengembangkan dan menunjukkan bakat mereka dalam seni penulisan khat dengan tema “dekad ini dekad anda”. Peserta dikehendaki menulis ayat berupa pantun empat kerat di atas kertas A3 dengan menggunakkan salah satu 4 jenis khat yang dibenarkan iaitu, Khat Thuluth, Khat Nasakh, Khat Diwani dan Khat Diwani Jali.

Rakaman video sesi melukis dan lukisan khat peserta yang siap telah dihantar ke pihak urusetia. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli berharap agar peserta-peserta mewakili Daerah Jeli berjaya didalam pertandingan tersebut dan menjadikan program ini sebagai satu platform untuk terus maju dalam bidang penulisan khat ini.

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli