PPUTEH0911  PPUTEH0912  PPUTEH0913  PPUTEH0914

PASIR PUTEH : 16 September 2020 – Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh telah berjaya menyantuni beberapa golongan asnaf disekitar Kampung Raja dan Kampung Saring pada 9 September 2020 lalu bersama beberapa ahli exco MBJ Pasir Puteh didalam satu program yang diberi nama “Beliaku Cakna Ummah” dan bertujuan untuk  mendekati golongan yang kurang berkemampuan dan menyampaikan amanah penyumbang.

Keberadaan Encik Amreezal bin Abdul Kadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh yang turut serta dalam rombongan ini memberi lebih dorongan kepada ahli exco MBJ untuk meneruskan bakti kepada masyarakat Pasir Puteh.

Saudara Firdaus, YDP MBJ Pasir Puteh ketika ditemui berkata walaupun agihan sumbangan yang diberikan tidaklah seberapa namun ianya memberi petunjuk kepada masyarakat bahawa anak muda hari ini cukup cakna dengan persekitaran dan kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat sekeliling lebih-lebih lagi didalam suasana pandemic covid19 masih lagi menghantui Negara kita.

 Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh