PASIR MAS, 24 JUN 2020 - Dua Orang Pegawai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) Negeri Kelantan telah membuat pemeriksaan keselamatan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas minggu lalu. Diketuai oleh Ketua Balai Bomba Pasir Mas, En Shapawi bin Stapa. Antara perkara yang di periksa adalah Alat Pemadam Api, Laluan Kecemasan, Lampu Exit (Keluar), Pintu Keselamatan dan Jeriji di tingkat atas bangunan. Tujuan utama pemeriksaan keselematan oleh pihak Bomba adalah untuk memastikan premis ini selamat diduduki bagi penyambungan kontrak sewaan bangunan Pejabat. Ketua Balai Bomba Pasir Mas, En Shapawi bin Stapa berkata, “pihak pejabat perlu sentiasa memastikan alat pemadam api dapat digunakan dan sentiasa menyemak tarikh luput di alat berkenaan”. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, En Wan Abdul Rahman bin Hj Wan Ismail merakamkan penghargaan kepada pihak BOMBA kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang pemeriksaan dilaksanakan walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas