PP13 1 PP13 2

KELANTAN, 20 JANUARI 2021 - Majlis Sukan Jajahan Pasir Puteh (MSJPP) yang dipengerusikan oleh YABrs Ketua Jajahan Pasir Puteh telah mengadakan perbincangan awal dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bersama beberapa ahli jawatankuasa tertinggi MSJPP untuk menggerakkan aktiviti pembangunan sukan di Jajahan Pasir Puteh tahun 2021. Perbincangan tersebut diadakan pada 6 Januari 2021 yang lalu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.

Hasil perbincangan tersebut berapa aktiviti dirancang akan dilaksanakan pada tahun ini. Antara aktivit tersebut ialah pertandingan bola sepak 9 sebelah, kejohanan sepak takraw, kejohanan badminton dan beberapa kejohanan sukan yang lain lagi. Antara objektif MSJPP ditubuhkan oleh Majlis Sukan Negeri kelantan adalah untuk pembangunan sukan di peringkat akar umbi bagi menyediakan atau mencungkil bakat-bakat baru untuk penyediaan atlet  sukan prestasi tinggi.

Selain itu MSJPP juga merancang aktiviti sukan untuk semua atau sukan massa bagi menarik masyarakat bersukan atau membudayakan sukan sebagai gaya hidup seharian masyarakat. Antara akitivi yang dirancang ialah untuk mengadakan aktiviti senamrobik percuma setiap hujung minggu kepada masyarakat. Namun begitu, segala aktiviti yang dirancang ini dari segi pelaksanaannya bergantung kepada keadaan semasa covid-19 yang dihadapi negara sekarang.

Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh diberi tanggungjawab untuk merancang kertas kerja bagi melaksanakan aktiviti sukan sebagaimana yang diputuskan di dalam perbincangan tersebut.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh