KELANTAN, 21 JUN 2020 –Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menerima kunjungan daripada Majlis Sukan Negeri Kelantan pada 16 Jun 2020 yang lalu dan satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah JBSN Kelantan berkaitan kerja-kerja naiktaraf kemudahan sukan yang ada di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Menurut Encik Imran bin Mansoor, Pengarah MSN Kelantan kunjungan ini diadakan bagi melihat kemudahan yang terdapat di KOMBES serta melihat status kerja naiktaraf selaras dengan matlamat Negeri Kelantan untuk menganjurkan Kejohanan dwi-tahunan iaitu SUKMA pada tahun 2024. Jemputan mesyuarat juga telah dibawa meninjau ke tapak-tapak projek antaranya Dewan Wawasan, Surau, Asrama, Gelanggang Futsal, Balapan dan sebagainya. Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan