JELI, 8 OGOS 2022 – Telah berlangsung Majlis Makan Tengah Hari Ketua-ketua Jabatan Jajahan Jeli bersama YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merangkap Ahli Parlimen Jeli, semalam 7 Ogos 2022 bertempat di Rumah Tamu, IPD Jeli.
 
Majlis yang dihadiri ketua-ketua jabatan Jajahan Jeli ini, bertujuan sesi bertemu mata bersama YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed bagi perkongsian berkenaan pembangunan di daerah Jeli. Selain itu, turut diadakan perkongsian maklumat dan pandangan antara agensi dalam memastikan segala info-info terkini berada dalam makluman ketua-ketua jabatan Jajahan Jeli.
 
YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed juga merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kerana daerah Jeli dapat mengekalkan Anugerah Bandar Paling Bahagia selama tiga tahun berturut-turut dan terima kasih diatas jalinan kerjasama yang telah diberikan oleh semua ketua-ketua jabatan Jajahan Jeli. Majlis tersebut diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengah hari.
 
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli