KOMBES31 1 KOMBES31 2

KELANTAN, 3 MAC 2021 -  Satu perbincangan dan lawatan tapak telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan (Bahagian Elektrikal) pada 18 Februari 2021 yang lalu.  JKR Negeri Kelantan telah meninjau, memeriksa dan mengenalpasti kerosakan pendawaian elektrik di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Puan Noorul Husna bt Abdul Rashid, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Encik Jack @ Janda Anak Pioh, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan membawa Encik Abdul Rahim b Manan, Pegawai daripada JKR Negeri Kelantan meninjau sekitar kawasan yang perlu di baikpulih dan diselenggara.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan