PP83

PASIR PUTEH, 9 OGOS 2020 – Satu kunjungan hormat ke Kolej Vokasional Pasir Puteh telah diadakan pada 29 Julai 2020 untuk menyampaikan Sijil Pengtauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Pingat Perak dan Gangsa 2019 dan disampaikan kepada Che Sauti bin Che Ibrahim Pengarah Kolej Vokasional Pasir Puteh.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah bekerjasama dengan Kolej Vokasional Pasir Puteh mula tahun 2018 dan melahirkan seramai 150 pelajar yng berkualiti dan mempunyai personaliti unggul dalam mengorak langkah kehadapan.

Dalam tempoh perbincangan, Pengetua KVPP turut menyatakan komitmen mereka untuk menambah penyertaan selaras dengan pertambahan pelajar di institusi tersebut. Turut sama ialah Cikgu Hisyam merupakan pemimpin / mentor badan operasi PBSD Pasir Puteh.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh