GUA MUSANG, 8 OGOS 2022– Mantan Yang Di-pertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang, AL-Fadhil Ustaz Fakri bin Mohamed telah mengadakan kunjung hormat untuk bertemu Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang yang baru iaitu En Shahabudin bin Deraman.

Melalui pertemuan ini, beberapa isu dan permasalah belia dapat dibincangkan antaranya adalah isu gejala sosial dalam kalangan belia yang semakin membimbangkan kita pada masa kini seiring dengan peredaran masa dan teknologi yang semakin canggih.
 
Diharapkan pertemuan ini dapat membina satu ikatan mesra dan merapatkan lagi antara masyarakat, persatuan belia dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang demi membentuk generasi belia yang berketerampilan dan berguna kepada masyarakat.
 
Disediakan oleh : Urusetia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang