KELANTAN, 11 OGOS 2022 - Telah berlangsung Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Tahun 2022 Peringkat Negeri Kelantan pada 9 hingga 11 Ogos 2022 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kejohanan ini melibatkan penyertaan daripada 10 PPD di seluruh Negeri Kelantan.
 
Dengan pungutan 16 Emas, 9 Perak dan 9 Gangsa, PPD Kuala Krai telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Tahun 2022. Para pemenang akan mewakili negeri Kelantan ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan akan dilaksanakan pada bulan September nanti.
 
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zulkafli bin Senik, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Turut hadir Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah JBSN Kelantan dan Puan Azma binti Yahya, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
 
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan