PP85 1 PP85 2

PASIR PUTEH, 9 OGOS 2020 – Majlis Belia Kelantan melalui Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh telah mengadakan Program Semerak Patriotik Belia Kelantan 2020 pada 4 Ogos 2020 lalu di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, Pasir Puteh yang telah dihadiri oleh 50 orang belia dan beliawanis serta pemimpin-pemimpin tempatan disekitar Daerah Pasir Puteh.

Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh YM Dato’ Tengku Ibrahim Farihaddin Bin Dato’ Tengku Feissal, Bendahari Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi. Meskipun terikat dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan COVID19, namun program tetap berjalan dengan meriah dengan kehadiran peserta dan jemputan yang amat memberangsangkan.

YM Dato’ Tengku Ibrahim Farihaddin Bin Dato’ Tengku Feissal kemudian turun padang ke premis-premis di Bandar Pasir Puteh untuk menyerahkan bendara Jalur Gemilang kepada pemilik bangunan sebagai kemuncak kepada perjalanan program tersebut.Turut sama Saudara Mohd Hafizul Nizam Abdullah YDP Majlis Belia Kelantan dan  wakil-wakil daripada Jabatan Persekutuan dan Negeri daerah Pasir Puteh.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh