KO-UMMAH “TEAMBUILDING” DI KOMBES
- Butiran
- Pentadbir JBS Kelantan
- Jumlah paparan: 68
KELANTAN, 14 JANUARI 2021 – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan menjadi pilihan lokasi dari Koperasi Pembangunan Ummah Kelantan Berhad (KO-UMMAH) menganjurkan Program Achieve U Target (PAUT) pada 11 Januari 2021 lalu dan menggunakan kemudahan Dewan Terbuka dan Dewan Malaysia.
Seramai 40 orang yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi KO-UMMAH hadir bagi membentangkan perancangan perniagaan dan ‘bisnes matcing’ KO-UMMAH 2021 di samping menganjurkan perlawanan persahabatan bola tampar untuk memupuk hubungan ukhwah dikalangan kakitangan.
Encik Luqman NurHakim bin Perma Suria , Pengerusi Koperasi Pembangunan Ummah Kelantan Berhad telah hadir merasmikan Program Achieve U Target (PAUT) ini.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan