BACHOK, 11 OGOS 2020 – Encik Mohamed, seorang kakitangan SMK Dato’ Perdana, Bachok merangkap Penolong Setiausaha Penaja Kelab Sukan Ping Pong Bachok telah berkunjung ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok bagi mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan dari segi tatacara penubuhan kelab, kelmarin.

Menurut Encik Mohamed, beliau bersama beberapa ahli yang lain telah mengadakan mesyuarat dan masing-masing bersetuju untuk mendaftarkan Kelab Sukan Ping Pong dibawah Pendaftar Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Namun, mereka inginkan keterangan lanjut dari pihak PBSD tentang tatacara pendaftaran kelab yang perlu dilakukan secara online di dalam sistem eROSA.

PBSD Bachok mengharapkan agar kelab ini dapat didaftarkan dengan jayanya dan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan dan berpersatuan dimata masyarakat umumnya dan belia-belia tempatan khususnya.

Disediakan oleh Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok.