KKRAI1003   KKRAI1004

KUALA KRAI, 26 OKTOBER 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai hari ini telah menerima kunjungan daripada Setiausaha Kelab Belia Persada Krai iaitu Mohamed Firdaus. Kehadiran Saudara Mohamed Firdaus adalah untuk menandatangani manual Borang Permohonan Pendaftaran Pertubuhan Belia dan juga  meminta pandangan serta pendapat bagi perjalanan penubuhan kelab tersebut.

Sesi perbincangan bersama Encik Noorazihan selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai telah berlangsung hampir satu jam. Encik Noorazihan telah berkongsi Tatacara Penubuhan Kelab Belia yang baharu disamping peraturan yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan. Beliau juga menjelaskan tentang Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) serta Maklumat Yang Kena Diberi(MYKD) yang perlu dihantar apabila kelab berjaya didaftarkan kelak.

Saudara Mohamed Firdaus juga selaku Setiausaha Penaja Kelab Belia Persada Krai berkata, beliau dan rakan-rakan tergerak hati untuk menubuhkan kelab belia ini kerana melihat kepada kepentingan pengurusan pertubuhan kelab dengan betul dan teratur.

Disediakan Oleh: Urusetia Berita Portal PBSD Kuala Krai

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.